X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 25 Jun 2022

FAMA Fest Perak catat nilai jualan RM3.74 juta

Tze Tzin ketika menyempurnakan majlis perasmian Fama Fest Perak 2019 di RTC Gopeng di sini.
A
A

GOPENG - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mencatatkan nilai jualan sebanyak RM3.74 juta pada Program FAMA Fest Perak 2019 yang diadakan di RTC di sini yang berakhir semalam.

FAMA dalam satu kenyataan hari ini berkata, hasil jualan meliputi sajian makanan popular, florikultur, haiwan kesayangan dan ikan hiasan, barangan segar dan pelbagai lagi turut menunjukkan peningkatan berbanding RM2.2 juta yang diperoleh pada tahun lalu.

Gerai yang menjual pelbagai barangan mencatatkan jumlah jualan tertinggi iaitu RM2.2 juta diikuti gerai sajian makanan popular sebanyak RM647,879.

“Sebanyak 808 jenis makanan dan minuman popular dari Perak, Johor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Pulau Pinang telah diketengahkan kali ini seperti ais milo kepal, rojak pasembor, apam balik 46 perisa, nasi ganja, nasi beriani, laksa Sarawak, ikan bakar Terengganu, kacang pool serta nasi 7 benua.

“Tujuan utama program ini diadakan adalah bagi membantu usahawan, petani dan pengeluar untuk memasarkan produk dalam membangunkan industri agromakanan negara.

“Ia juga sebagai medan pertemuan agensi kerajaan, para petani dan usahawan yang akan menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan pada harga yang munasabah dan mampu dibeli oleh pengguna,” katanya.

Menurut kenyataan itu, program tersebut mula diperkenalkan pada tahun 2017 di RTC Gopeng, Perak dan pada tahun 2018, program FAMA Fest dikembangkan ke Pulau Pinang serta Kedah manakala pada tahun 2019 ia dikembangkan lagi ke lima buah negeri iaitu Melaka, Sarawak, Pulau Pinang, Perak dan Kedah.

Terdahulu, majlis perasmian program yang berlangsung selama lima hari itu disempurnakan Timbalan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!