Wanita OKU hilang ditemui lemas

Mayat mangsa diangkat ke darat selepas ditemui di Sungai Fikri pagi tadi.
Mayat mangsa diangkat ke darat selepas ditemui di Sungai Fikri pagi tadi.
A
A
A

SETIU - Kehilangan seorang wanita orang kelainan upaya (OKU) sejak malam tadi akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemui lemas di sebuah alur Sungai Fikri dekat Kampung Fikir, Bandar Permaisuri oleh bapa mangsa pagi ini.

Mayat Teen Ann May, 31, ditemui dalam keadaan tertiarap di sungai tersebut oleh bapanya, Tee Lee Teck, 66, jam 7.45 pagi.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Zulkifli Mat Deris berkata, kehilangan wanita yang mengalami masalah mental sejak kecil dari rumah mereka di kampung tersebut disedari keluarga pada jam 10.30 malam tadi.

Menurutnya, keluarga mendapati mangsa telah keluar dari rumah bersendirian dengan membuka sendiri kunci pintu hadapan rumah.

“Pihak keluarga berusaha mencari mangsa sehingga jam 2 pagi tadi di sekitar rumah, namun gagal mengesannya dan belum membuat laporan polis lagi berhubung kehilangan mangsa pada malam itu,” katanya.

Zulkifli berkata, mayat Ann May akhirnya ditemui bapanya ketika mencari mangsa di sekitar tebing alur Sungai Setiu yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya.

Menurutnya, mayat mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap di permukaan air dan lengkap berpakaian.

“Polis yang pergi ke tempat kejadian tidak menemui apa-apa kesan berunsurkan sebarang jenayah, manakala pemeriksaan awal mayat mangsa tidak menemui sebarang kesan kecederaan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk bedah siasat.