'Saya menang motor'

Rose Shamsul (tiga dari kiri) bersama pemenang hadiah utama Shoeb serta pemenang lain pada majlis penyampaian hadiah Karnival Bayar dan Menang Cukai Taksiran Am 2019 Kategori A diDewan Komuniti MDP.
Rose Shamsul (tiga dari kiri) bersama pemenang hadiah utama Shoeb serta pemenang lain pada majlis penyampaian hadiah Karnival Bayar dan Menang Cukai Taksiran Am 2019 Kategori A diDewan Komuniti MDP.
A
A
A

KUANTAN - Seorang pekerja swasta tidak menyangka menang hadiah utama berupa motosikal jenis Honda Wave Alpha berharga lebih RM4,600.

Shoeb Osman, 47, berkata, dia tidak pernah terfikir untuk menerima hadiah sebesar itu dan menanggap ia adalah rezeki sejak sekian lama membayar cukai pintu seliaan Majlis Daerah Pekan (MDP).

Menurutnya, ia menjadi sejarah manis dalam hidup saya dan penyertaan atas nama arwah ayahnya 0sman Daut selaku pemilik kediaman di Taman Sri Maulana membawa tuah kepada dirinya.

“Rasa berbaloi sangat selepas membayar cukai sejak sekian lama, dan saya menerima hadiah motosikal dan kenderaan ini mungkin akan digunakan secara bersama kami adik-beradik,” katanya di sini hari ini.

Dia antara 60 pemenang Karnival Bayar dan Menang Cukai Taksiran Am 2019 kategori A membabitkan 2,495 penyertaan anjuran MDP yang menawarkan pelbagai hadiah keseluruhan bernilai RM50,000.

Tempat kedua, Esah Sulaiman menerima television 55' dan ketiga Abdullah Musa membawa pulang Sony PS4.

Sementara itu, Yang Dipertua MDP, Datuk Rose Shamsul Abdul Razak berkata, pihaknya sentiasa berusaha menarik minat pembayar cukai di daerah itu menjelaskan cukai semasa dan cukai tertunggak.

Katanya, hasil cukai yang dibayar akan digunakan seperti untuk pembangunan, kebersihan dan keindahan.

Artikel Berkaitan:

“Jadi sebab itu kita menarik orang ramai supaya membayar cukai menerusi kaedah seperti ini,” katanya.

Beliau berhasrat untuk meneruskan karnival dengan tawaran hadiah lebih lumayan pada masa depan.