Kemenangan Lang Merah hadiah untuk Sultan Kedah, MB

Mohd Fadzrul menandatangani bola untuk dihadiahkan kepada penyokong Hijau Kuning pada Majlis Perarakan dan Sambutan Kemenangan Shoppe Piala FA 2019 di Dataran Wisma Darul Aman, di sini hari ini.
Mohd Fadzrul menandatangani bola untuk dihadiahkan kepada penyokong Hijau Kuning pada Majlis Perarakan dan Sambutan Kemenangan Shoppe Piala FA 2019 di Dataran Wisma Darul Aman, di sini hari ini.
A
A
A

KEJAYAAN Lang Merah membawa pulang trofi Piala FA 2019 disifatkan sebagai hadiah kepada Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Kapten Kedah, Baddrol Bakhtiar berkata, ia juga sebagai hadiah kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang banyak memberi sokongan terhadap pasukan tersebut sehingga muncul juara ketika menentang Perak di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lepas.

"Tidak ketinggalan, kemenangan itu juga merupakan hadiah kepada pengurusan dan penyokong Hijau Kuning atas sokongan tidak berbelah bahagi.

"Kami berharap penyokong Lang Merah terus memberi sokongan padu kepada pasukan dan sentiasa berfikiran positif untuk Kedah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan penyokong Hijau Kuning pada Majlis Perarakan dan Sambutan Kemenangan Shoppe Piala FA 2019 di Dataran Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Terdahulu, Baddrol bersama pemain Kedah sempat menyanyikan lagu dan melaungkan terima kasih kepada penyokong Kedah.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak berkata, beliau berbangga dengan kejayaan pasukan Kedah dan turut menghargai sokongan peminat sejak perlawanan pertama hingga babak akhir.

Aidil Sharin berkata, beliau juga turut menghargai komitmen pasukan tersebut atas persembahan terbaik dipamerkan sepanjang perlawanan akhir Piala FA menentang Perak.

Artikel Berkaitan:

"Kami akan terus berjuang memandangkan masih ada perlawanan perlu dihadapi pasukan Kedah nanti," katanya.

Manakala, pemain penyerang Kedah, Mohd Fadzrul Danel Mohd Nizam berkata, aksi terbaik yang dilakukan bukanlah untuk dirinya tetapi untuk semua termasuklah keluarga dan penyokong.