Boleh berjalan sakan...tapi minyak kereta jimat!

No Image Caption
A
A
A

SEMPENA musim cuti sekolah ni, banyak belanja dicatu untuk persiapan anak-anak tahun depan. Tapi tak seronok pula kalau tak bawa mereka berjalan ke mana-mana, walaupun mak ayah sebenarnya risau duit minyak mengalir laju macam air.

Tapi semalam termenung kejap bila dengar cerita si Ema (nama samaran), dia mampu jimat banyak untuk belanja minyak kereta selepas gunakan cashback yang dapatkan dari ShopBack.

Isi Minyak, Dapat Duit

Lagi pun, katanya bukan saja boleh tukar cashback tu kepada Petron Miles untuk isi minyak, sekarang ganjaran semata PMiles pun boleh tukar kepada cashback, jadi duit dalam bank akaun. Uisy, shiok sangat tu!

No Image Caption

Ema kata syaratnya kena register di ShopBack dulu lah. Selepas itu senang nak tukar cashback kepada mata PMiles, atau tukar mata PMiles kepada cashback yang boleh dipindahkan ke bank akaun.

ShopBack ini benda bukan baru, mula diperkenalkan pada tahun 2014 dan sudah ramai yang berpuas hati sebab kita dapat jimat banyak. Servis ni tolong ramai yang membeli-belah secara online dapat cashback, dan sebanyak RM25 juta sudah dijimatkan oleh pengguna tempatan.

Macam Mana Nak Buat?

Cara untuk dapat cashback senang jer. Cuma buka ShopBack App sebelum membeli apa-apa dalam talian, lepas tu klik mana-mana laman-laman web seperti Lazada, ZALORA, Shopee, Malaysia Airlines, 11street, Booking.com, Expedia, Foodpanda dan banyak lagi. Setiap rakan-rakan edagang ShopBack akan memberi pulangan tunai yang sehingga 30 peratus selain daripada diskaun yang dibagikan oleh e-dagang.

Artikel Berkaitan:

Perrghh... untung sangat ni! Kumpul sikit-sikit, lama-lama banyak lah yang kita boleh dapat.

No Image Caption

Cerita Ema, tak susah pun dia nak tebus mata PMiles. Untuk setiap RM10 cashback, pengguna boleh menukarnya kepada 600 mata PMiles. Hanya perlu log masuk ke laman ShopBack melalui web, aplikasi atau web mudah alih, pilih pengeluaran – penebusan mata dan kemudian isi maklumat yang diperlukan. Patutlah Ema boleh berjalan sakan musim cuti sekolah ini!

Yelah sebelum ini, selepas dapat cashback daripada pembelian online, kita cuma boleh pilih sama ada nak pindahkan tunai ke akaun bank atau jelaskan bil telefon Maxis.

Kelebihan Ahli PMiles

Bagi ahli PMiles, setiap 1000 mata PMiles pun boleh ditukarkan kepada RM10 Cashback dan akan dikreditkan ke dalam akaun ShopBack. Ahli PMiles boleh tebus mata di 620 stesen Petron perkhidmatan di negara ini atau muat turun borang dari Laman Web PMiles.

Kalau macam ini lah gayanya, esok-esok nanti nak ikut cara Ema juga lah. Tak payah keluar duit minyak banyak sangat. Lepas itu, nak daftar ke ShopBack pun PERCUMA je. Memang tak peliklah sampai 1 juta rakyat Malaysia pun menggunakan ShopBack sekarang ni. Maknanya berbaloi sangat kalau kita tiru cara Ema ni.

Haaaa...apa lagi, kalau anda pun jenis berkira sangat nak keluar duit minyak tetapi nak berjalan sakan, bolehlah daftar https://app.shopback.com/karangkraf (klik sini), siap dapat RM10 cashback percuma tau!