Kementerian tidak akan percepatkan jadual persekolahan: Maszlee

Maszlee (tengah) bersama Nie Ching (dua, kiri), Mohd Gazali (dua, kanan) dan Amin (kiri) ketika pelancaran Laporan Tahunan 2018 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 di Auditorium Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, hari ini. –Foto Sinar Harian Zahid Izzani
Maszlee (tengah) bersama Nie Ching (dua, kiri), Mohd Gazali (dua, kanan) dan Amin (kiri) ketika pelancaran Laporan Tahunan 2018 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 di Auditorium Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, hari ini. –Foto Sinar Harian Zahid Izzani
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan tidak bercadang mempercepatkan jadual persekolahan bagi mengatasi masalah pelajar yang terpaksa keluar awal pagi untuk ke sekolah.

Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, sebaliknya kementerian akan kekal dengan waktu persekolahan sedia ada iaitu bermula jam 7.30 pagi.

"Setakat ini kita tidak pernah menganjakkan sistem persekolahan kita lebih cepat. Jam 7.30 pagi itu dah terang.

"Lagipun, kita kena lihat faktor sekolah ada dua sesi iaitu pagi dan petang," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Laporan Tahunan 2018 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching; Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Mohd Gazali Abas dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Dr Amin Senin.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar mengenai masalah pelajar di sesetengah kawasan yang terpaksa keluar seawal 5.40 pagi untuk ke sekolah.

Situasi itu menyebabkan ada di antara mereka terpaksa berdepan ancaman keselamatan kerana suasana yang gelap di awal pagi.

Mengulas lanjut, Maszlee berkata, dalam hal ini ibu bapa dan masyarakat perlu memainkan peranan agar keselamatan pelajar sekolah lebih terjamin.

Artikel Berkaitan:

"Ibu bapa perlu memastikan keselamatan anak-anak mereka ke sekolah," katanya.