'Tanam semula pokok doa kami'

Sebanyak lapan hingga 10 pokok bucida molineti atau dikenali sebagai pokok doa berusia lebih lapan tahun menyembah bumi. (Gambar kecil, Mohd Amirul Hafiz Ibrahim)
Sebanyak lapan hingga 10 pokok bucida molineti atau dikenali sebagai pokok doa berusia lebih lapan tahun menyembah bumi. (Gambar kecil, Mohd Amirul Hafiz Ibrahim)
A
A
A

MARANG - Persatuan Belia Seri Pahlawan di Banggol Pak Ali kesal dengan pihak tidak bertanggungjawab yang menebang pokok bucida molineti ditanam sekitar pintu gerbang ke kampung itu.

Pengerusinya, Mohd Amirul Hafiz Ibrahim, 32, berkata, dianggarkan sebanyak lapan hingga 10 pokok yang dikenali sebagai pokok doa berusia lebih lapan tahun itu menyembah bumi.

Menurutnya, tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu amat melukakan hati kerana pokok baharu akan mengambil masa antara enam hingga tujuh tahun untuk mencapai ketinggian sama.

"Penduduk berjaya mengesan seterusnya mengadakan pertemuan dengan pihak terlibat dan mereka mengakui kesilapan mereka kerana menebang pokok tersebut tanpa kebenaran.

"Malah mereka berjanji untuk menanam semula dengan pokok yang baru bagi menggantikan pokok yang ditebang sekitar kawasan pintu gerbang ke kampung ini," katanya ditemui di sini hari ini.

Bagaimanapun, Mohd Amirul berkata, sehingga hari ini sudah hampir seminggu pokok itu ditebang namun tiada kerja-kerja pembersihan dibuat dan juga usaha untuk menanam semula pokok baharu di kawasan itu.

Menurutnya, selain kebersihan persekitaran, keindahan landskap turut mempengaruhi keputusan dan penduduk mengeluarkan belanja besar bagi mengekalkan keindahan landskap di kampung itu.

"Banggol Pak Ali pernah muncul johan Pertandingan Kebersihan dan Keindahan Kampung peringkat negeri pada 2013 dan menerima hadiah wang tunai RM25,000 serta projek pembangunan RM250,000.

Artikel Berkaitan:

"Oleh sebab itu, kami anak anak muda di Banggol Pak Ali mahu janji menanam semula pokok yang baharu itu segera ditunaikan dan berharap perkara sedemikian tidak akan berulang lagi," katanya.