Pesta Buku Kedah 2019: 205 naskhah al-Quran habis dijual

Al-Quran terbitan Karya Bestari menjadi tumpuan sempena Pesta Buku Kedah 2019.
Al-Quran terbitan Karya Bestari menjadi tumpuan sempena Pesta Buku Kedah 2019.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Sebahagian daripada 205 naskhah al-Quran habis dijual sempena Pesta Buku Kedah 2019 yang berakhir 30 Julai ini.

Eksekutif Jualan dan Pemasaran Karangkraf, Muhammad Hafiz Talib berkata, hampir sebahagian al-Quran terbitan Karya Bestari dari Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf) menjadi pilihan pembaca utara kerana ditawarkan dengan pelbagai saiz, jenis dan warna selain diskaun 20 peratus.

Menurutnya, antara yang menjadi pilihan ialah al-Quran Mushaf Al-Imam yang menjadi tumpuan berikutan saiz tulisan yang lebih besar berbanding al-Quran lain.

"Al-Quran Mushaf Al-Imam sesuai untuk orang dewasa, khususnya imam kerana tulisannya lebih jelas dan mudah untuk menjadi rujukan mereka," katanya.

Menurutnya, Mushaf Al-Imam turut menjadi pilihan memandangkan turut dilengkapi Waqaf dan Ibtida' iaitu panduan mudah cara berhenti dan memulakan bacaan al-Quran dengan menggunakan kaedah berwarna, sama ada berhenti dan ulang semula atau berhenti tidak perlu ulang semula perkataan sebelumnya.

Sebahagian daripada 205 naskah Al-Quran yang ditawarkan di booth Karangkraf habis dijual.
Sebahagian daripada 205 naskah Al-Quran yang ditawarkan di booth Karangkraf habis dijual.

Dalam masa sama, Karya Bestari turut menerbitkan beberapa jenis al-Quran lain antaranya Al-Andalus dan Ar-Riyadh yang memfokuskan terjemahan perkataan bertujuan menguasai bahasa Arab dengan lebih mendalam melalui setiap patah perkataan.

Selain al-Quran, Karangkraf turut menawarkan bahan bacaan lain termasuk buku akademik, buku kanak-kanak, novel cinta, thriller dan seram, buku resepi dan buku jahitan.

Artikel Berkaitan:

Pesta Buku Kedah 2019 yang bermula 24 hingga 30 Julai berlangsung di Village Mall Sungai Petani dengan pelbagai aturcara menarik sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

ARTIKEL BERKAITAN:

Karangkraf tawar harga runtuh di Pesta Buku Kedah 2019

Pesta Buku Kedah 2019 tak putus-putus pengunjung