Padah ceroboh tanah kerajaan

Kerja penguatkuasaan dijalankan pihak berkuasa di kawasan terlibat.
Kerja penguatkuasaan dijalankan pihak berkuasa di kawasan terlibat.
A
A
A

KLANG - Degil dan ingkar, itu antara tindakan pencerobohan yang dikesan di tanah milik kerajaan di Jalan Sepadu, Seksyen 25 di sini.

Namun, kedegilan pihak tidak bertanggungjawab ini menjalankan kegiatan dengan dijadikan tapak pengumpulan barang lusuh, depoh lori, bengkel kenderaan dan aktiviti pengasingan minyak membawa padah apabila tindakan penguatkuasaan dijalankan pihak berkuasa semalam.

Pegawai Daerah Klang Mohd Zainal Mohd Nor berkata Pejabat Daerah dan Tanah Klang telah menerima aduan daripada Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Daerah Klang dan orang awam berhubung aktiviti pencerobohan ini.

"Tindakan dikenakan melalui Notis Pencerobohan Tanah Kerajaan di bawah Seksyen 425 dan 426 (1) (c) Kanun Tanah Negara 1965 yang telah disampaikan pada 7 Mac lalu kepada pemilik struktur untuk mengosongkan tapak.

"Keluasan tanah yang diceroboh adalah sekitar 5,600 meter persegi yang digunakan sebagai pusat pengumpulan barang lusuh, bengkel kenderaan berat, pusat pengasingan minyak, perusahaan kanopi dan tempat meletak lori," katanya.

Pihak tidak bertanggungjawab ini menjalankan kegiatan dengan dijadikan tapak pengumpulan barang lusuh, depoh lori, bengkel kenderaan dan aktiviti pengasingan minyak.
Pihak tidak bertanggungjawab ini menjalankan kegiatan dengan dijadikan tapak pengumpulan barang lusuh, depoh lori, bengkel kenderaan dan aktiviti pengasingan minyak.

Katanya, susulan daripada keengganan pemilik struktur mematuhi notis pengosongan yang telah dikeluarkan, Pejabat Daerah dan Tanah Klang telah menjalankan tindakan meroboh struktur-struktur yang terlibat pada hari ini.

Artikel Berkaitan:

"Operasi penguatkuasaan ini diketuai oleh Pejabat Daerah dan Tanah Klang dan turut disertai Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), JPS Daerah Klang, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Air Selangor Berhad dan Tenaga Nasional Berhad.

"Bagi sebarang pencerobohan tanah kerajaan ia merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 425, Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 dan jika sabit kesalahan tindakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya boleh dikenakan kepada pelaku dan mereka yang bersubahat," katanya.

"Hasil siasatan mendapati mereka dipercayai menyewa dengan seseorang yang mengaku menjaga kawasan tersebut," katanya.

Menurutnya, keseluruhan struktur di tapak akan dirobohkan dan dibersihkan dengan kerjasama pihak MBSA, JPS, JAS, dan lain-lain.

"Laluan masuk ke kawasan ini akan dikorek dan kawasan ini akan dibangunkan sebagai kawasan lapang.

"Orang ramai boleh melaporkan dan menyalurkan sebarang maklumat aktiviti pencerobohan tanah kerajaan kepada Pejabat Daerah/Tanah Klang melalui talian WhatsApp Unit Teknikal dan Penguatkuasaan 011- 3664 1054," katanya.