Selalu sakit perut, berisiko besar alami migrain ketika dewasa

A
A
A

PERNAHKAH anda berhadapan dengan situasi tiba-tiba anak mengadu sakit perut? Anda tidak tahu puncanya dan biasanya hanya menyangka ia disebabkan perut 'masuk angin'.

MAKANAN proses boleh menyebabkan migrain perut berlaku. Sentiasa perhatikan makanan dimakan yang menjadi punca kesakitan.
MAKANAN proses boleh menyebabkan migrain perut berlaku. Sentiasa perhatikan makanan dimakan yang menjadi punca kesakitan.



Sebenarnya anak anda bukan masuk angin. Ia disebabkan satu masalah yang dikenali sebagai Abdominal migrain atau migrain perut.

Apakah Abdominal migrain atau migrain perut itu?

- Seperti migrain biasa iaitu sakit kepala, migrain perut itu pula adalah sakit yang berlaku pada bahagian perut.

- Abdominal migrain sangat kerap berlaku pada kanak-kanak berbanding orang dewasa.

- Berlaku antara umur tiga hingga 10 tahun dan secara puratanya berlaku pada umur tujuh tahun.

- Ia hanya terjadi dalam kalangan antara satu hingga empat peratus daripada kanak-kanak.

- Kanak-kanak yang mempunyai ahli keluarga yang mempunyai masalah migrain akan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami migrain perut berbanding orang lain.

Artikel Berkaitan:


- Jika pada waktu kecilnya selalu mengalami migrain perut, ketika besar dia mempunyai risiko yang besar untuk mengalami masalah migrain kepala.

Simptom migrain perut:

- Sakit pada bahagian perut terutamanya pada bahagian pusat.

- Sakit memulas seperti mahu membuang air besar. Sakit tersebut boleh berlaku pada kadar sederhana ataupun terlalu teruk.

- Rasa loya

- Muntah

- Kurang selera makan

- Kulit menjadi pucat

- Setiap kali migrain datang ia boleh berlaku selama sejam hingga tiga hari.

Rawatan boleh diberikan:

- Pastikan mendapat tidur mencukupi.

- Makan mengikut jadual dan minum air secukupnya.

- Jika anak muntah, pastikan dia mendapat air yang secukupnya supaya tidak mengalami dehidrasi.

- Terdapat beberapa jenis makanan seperti coklat dan makanan proses yang boleh menyebabkan migrain perut berlaku. Sentiasa perhatikan makanan apakah yang menyebabkan sakit perut tersebut.

- Pesakit yang mengalami sakit perut yang teruk perlulah dibawa ke klinik untuk mendapatkan pemeriksaan terlebih dahulu.

- Rawatan yang selalu diberikan seperti ubat paracetamol dan ubat nonsteroidal antiinflammatory seperti ibuprofen.

Sumber: TheDiagnosa