Dua suspek kes samun bersenjata ditahan

Senjata yang digunakan suspek.
Senjata yang digunakan suspek.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis berjaya menahan dua suspek kes samun bersenjata sehingga menyebabkan seorang lelaki cedera dalam cubaan samun di ATM sebuah bank di Taman Sri Sinar Segambut di sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy, berkata, dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, mangsa lelaki berusia 24 tahun ingin mengeluarkan wang di ATM tersebut.

Bagaimanapun menurutnya, tiba-tiba seorang lelaki datang dengan bersenjatakan kapak telah meluru ke arah mangsa dan memaksa keluarkan wang.

Video tular di media sosial menunjukkan mangsa yang berlumuran darah kerana ditetak ketika bergelut dalam cubaan samun semalam.
Video tular di media sosial menunjukkan mangsa yang berlumuran darah kerana ditetak ketika bergelut dalam cubaan samun semalam.

“Mangsa bertindak melawan dan telah berlaku pergelutan di mana mangsa mengalami luka parah di bahagian kepala dan belakang bahu dipercayai ditetak menggunakan kapak.

“Suspek kemudiannya telah melarikan diri menaiki kenderaan pacuan empat roda.

“Mangsa telah di bawa ke HKL oleh ambulans untuk menerima rawatan. Mangsa tidak mengalami sebarang kerugian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, sejurus insiden itu pihak polis telah menjalankan siasatan susulan di tempat kejadian.

Artikel Berkaitan:

“Hasil maklumat dan risikan, pihak polis telah berjaya menangkap dua suspek disyaki terlibat dalam insiden ini.

“Kedua-dua suspek masing-masing berumur 24 dan 33 tahun akan direman bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 393/397 Kanun Keseksaan (cubaan melakukan samun menggunakan senjata),” katanya.

Terdahulu video kejadian menunjukkan mangsa yang cedera dan berlumuran darah, tular di media sosial.