Kerajaan AS tutup selagi tiada dana bina tembok sempadan

Donald Trump
Donald Trump
A
A
A

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menegaskan penutupan sebahagian kerajaan persekutuan negara itu akan berterusan sehingga tuntutan dana untuk pembinaan tembok sempadan dengan Mexico diluluskan.

Setakat ini, tiada bayangan sama ada agensi kerajaan yang tidak beroperasi akibat kebuntuan politik membabitkan dana tembok Trump akan dibuka semula sejak ditutup Sabtu lalu.

“Saya tidak boleh cakap bila kerajaan akan dibuka semula. Apa yang saya tahu, kita tidak akan beroperasi sehingga mendapat tembok, pagar atau apa sahaja yang mereka mahu namakannya.

“Saya akan namakan ia mengikut apa mereka mahu, tetapi ia perkara yang sama. Ia halangan kepada pendatang yang membanjiri negara kita dan daripada dadah.

“Jika kita gagal mendapat tembok ini, kita (kerajaan) tidak akan beroperasi,” kata Trump. - Reuters

Artikel Berkaitan: