Hebat Siti Nurhaliza kayuh basikal 78 kilometer

No Image Caption
A
A
A

MERAK Jalanan cukup kagum dengan personaliti Datuk Seri Siti Nurhaliza. Bukan sahaja hebat dalam bidang seni suara, malah menunjukkan ‘taring’ dalam kayuhan basikal.

Sebagai seorang ibu dan bukan seorang atlet, kejayaan menamatkan kayuhan sejauh 78 kilometer adalah satu pencapaian yang bagus.

Tambahan pula Siti berdepan kemalangan kecil ketika acara terbabit hingga menyebabkan lutut kirinya tercedera dalam perlumbaan di Lebuhraya Kajang-Seremban kelmarin.Di Instagram beliau, ramai mendoakan agar Siti segera sembuh dan kebanyakan peminat memuji semangat kental Siti yang tetap menamatkan perlumbaan walaupun cedera.

Semangat kental Siti memang meniupkan semangat buat Merak untuk kembali terlibat dalam aktiviti kayuhan basikal.

Bukan apa, Merak pernah ikut kawan kayuh basikal sebelum ini dan jaraknya hanya 20 kilometer.

Kepada orang lain laluan itu mungkin dekat sahaja, tetapi bagi Merak Jalanan sungguh menyeksakan nak menghabiskan kayuhan.

Tambahan pula kayuhan berbukit yang memerlukan tenaga dua kali ganda menyebabkan timbul perasaan serik pada masa itu.

Selain rentak kayuhan yang perlahan menyebabkan kita ditinggalkan rakan-rakan yang lain, kayuhan di bawah panas terik juga menambahkan cabaran menyertai sukan ini.

Artikel Berkaitan:

Merak Jalanan ada bertanya kepada rakan-rakan yang lain apa yang membuatkan mereka begitu bertenaga dan jawapan daripada mereka ialah semangat kental.

Kata mereka, jika jiwa tidak kental maka sukar untuk terlibat dalam sukan itu walaupun sekadar hobi.

Merak Jalanan kadang-kadang terfikir tahap kekentalan dalam jiwa Geraint Thomas, juara keseluruhan Tour de France pada tahun lalu.

Dengan kayuhan sejauh 3,351 kilometer melibatkan kayuhan kira-kira 83 jam, tak terbayang apa yang ada dalam jiwa sang juara!