Dua pusat tahfiz terima sumbangan

Ahmad Amzad (dua dari kanan) menyerahkan sumbangan kepada wakil pusat tahfiz hari ini.
Ahmad Amzad (dua dari kanan) menyerahkan sumbangan kepada wakil pusat tahfiz hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Anak syarikat kerajaan negeri, Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) meneruskan tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat dengan menyampaikan sumbangan keperluan kepada dua buah pusat tahfiz yang beroperasi di Kampung Bukit Kuang Jambu dan Kampung Losong Haji Long, di sini hari ini.

Sumbangan kepada Madrasah Tahfiz As-Sabiqun dan Madrasah Al Muhsinin itu berupa 100 buah kerusi dan mesin basuh serta pemadam api.

Sumbangan itu disampaikan Ahli Parlimen Kuala Terengganu selaku Ahli Lembaga Pengarah EPIC, Ahmad Amzad Hashim bersama Pengurus Besar Perancangan Korporat, Komunikasi, Pembangunan dan Projek Khas EPIC, Abdul Adzim Abd Hamid.

Ahmad Amzad berkata, sumbangan itu adalah sebahagian daripada usaha EPIC dalam rangka tanggungjawab sosial selaras dengan tema Maju, Berkat dan Sejahtera.

"Kita harap sumbangan ini dapat meringankan sedikit sebanyak bebanan mereka.

"Ia juga bagi memenuhi keperluan pengurusan dan keselamatan diri pelajar," katanya.

Artikel Berkaitan: