Tiga maut, kereta bertembung dengan bas ekspres

Keadaan di lokasi kejadian selepas kemalangan membabitkan tiga maut malam tadi. Foto ihsan: IPD Rompin
Keadaan di lokasi kejadian selepas kemalangan membabitkan tiga maut malam tadi. Foto ihsan: IPD Rompin
A
A
A

KUANTAN - Tiga orang termasuk seorang kanak-kanak berusia lima tahun maut, selepas kereta Proton Saga dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas ekspres dalam kemalangan di kilometer 140 Jalan Kuantan - Johor Bahru, Rompin, jam 11.50 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Azly Mohd Noor berkata, mangsa yang maut Rosli Mat Daud, 38, Rakiah Mat, 64, dan Aidil Ashraff Rizuan, 5, yang mana ketiga-tiga mangsa merupakan penumpang kereta Proton Saga.

Menurutnya, manakala pemandu kereta itu, Rizuan Mat Daud, 34, cedera parah dan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini manakala pemandu bas ekspres, Mat Yah Deraman, 50, dan 49 penumpang lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kejadian berpunca daripada kereta Proton Saga dipercayai termasuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan bas ekspress terbabit.

"Akibat pertembungan itu, Proton Saga itu telah terbabas masuk ke dalam parit di sebelah kiri jalan menghala ke arah Kuantan.

"Dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi di Hospital Rompin," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azly berkata, siasatan diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel Berkaitan: