Penyokong Kedah bangga, puas hati

Puaka Jerai dan Styrio Hijau Kuning (kanan) ketika menyaksikan perlawanan akhir Piala FA Kedah menentang Perak di Stadium Bukit Jalil semalam.
Puaka Jerai dan Styrio Hijau Kuning (kanan) ketika menyaksikan perlawanan akhir Piala FA Kedah menentang Perak di Stadium Bukit Jalil semalam.
A
A
A

PENYOKONG Hijau Kuning meluahkan rasa bangga dan berpuas hati dengan pencapaian Kedah membawa pulang Piala FA dalam aksi final menentang Perak, semalam.

Ikon Penyokong Bola Sepak Kedah, Puaka Jerai atau nama sebenar, Zulkifli Hashim, 40, berkata, sudah tentunya penyokong bangga dengan kejayaan Skuad Helang Merah setelah berhempas pulas memastikan kejuaraan milik mereka.

"Saya berasa bangga menjadi sebahagian penyokong Kedah di Stadium Bukit Jalil semalam. Syukur alhamdulillah pasukan Kedah berjaya melakarkan satu lagi sejarah dalam Piala FA bagi musim 2019," katanya.

Ikon Penyokong Bola Sepak Kedah, Puaka Jerai atau nama sebenar, Zulkifli Hashim.
Ikon Penyokong Bola Sepak Kedah, Puaka Jerai atau nama sebenar, Zulkifli Hashim.

Beliau berkata, ketiadaan seorang pemain Perak kerana dibuang padang selepas dilayangkan kad merah memberi peluang kepada pasukan Kedah melakukan serangan demi serangan hingga berjaya melakukan jaringan pada minit ke-105 waktu tambahan oleh pemain muda Kedah, Mohd Fadzrul Denal Mohd Nizam, 21.

"Saya yakin selepas ini Kedah mampu memburu Piala Malaysia pada aksi seterusnya," katanya.

Sementara itu, Anuar Junaidi, 35, atau lebih dikenali sebagai Styrio Hijau Kuning berkata, biarpun pasukan Perak bukanlah mudah untuk ditewaskan memandangkan rekod pasukan yang sentiasa bersemangat tinggi, namun tendangan oleh pemain gantian, Mohd Fadzrul Denal telah menjarakkan kedudukan.

Artikel Berkaitan: