Jaringan Piala FA permulaan baharu buat Danel

Mohd Fadzrul Danel bergambar bersama ahli keluarganya yang menyambut ketibaan pasukan berkenaan, di sini hari ini.
Mohd Fadzrul Danel bergambar bersama ahli keluarganya yang menyambut ketibaan pasukan berkenaan, di sini hari ini.
A
A
A

JARINGAN yang dicipta pada minit ke-105 oleh Mohd Fadzrul Danel Mohd Nizam, 21, pada perlawanan akhir Piala FA malam tadi merupakan permulaan baharu dalam karier bola sepak bagi pemain tengah pasukan Kedah itu.

Mohd Fadzrul Danel berkata, beliau tidak menyangka berjaya menjaringkan gol walaupun berazam untuk berbuat demikian sebelum melangkah ke dalam padang.

Menurutnya, semangat daripada jurulatihnya, Aidil Sharin Sahak juga turut meningkatkan keyakinannya untuk beraksi malam tadi.

"Sebelum saya masuk padang, dia (Aidil) ada mengingatkan saya agar cuba bawa bola ke hadapan dan 'score' kalau boleh disebabkan saya masih banyak tenaga.

"Alhamdulillah, saya dapat realisasikan hasratnya dan bagi saya, ini adalah permulaan baharu dalam karier bola sepak," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas di sini.

Menurutnya, beliau juga akan cuba sehabis baik dalam Piala AFC dan Piala Malaysia sekiranya diberi peluang pada tahun hadapan.

"Ini kerana bukan semua pasukan dan pemain berpeluang untuk bermain di AFC," katanya.

Dalam masa sama, Mohd Fadzrul akan berusaha meningkatkan kualiti dirinya dalam arena bola sepak selepas ini.

Artikel Berkaitan: