Mayat wanita terapung di kunci air

Mayat mangsa ditemui di perangkap sampah di kunci air Jalan Sungai Kandis, Seksyen 36, Shah Alam hari ini. Foto - BOMBA
Mayat mangsa ditemui di perangkap sampah di kunci air Jalan Sungai Kandis, Seksyen 36, Shah Alam hari ini. Foto - BOMBA
A
A
A

SHAH ALAM - Mayat seorang wanita terapung ditemui di kunci air Jalan Sungai Kandis, Seksyen 36 di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, anggotanya dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 9.58 pagi tadi.

No Image Caption

"Mayat wanita itu ditemui terapung di perangkap sampah sungai tersebut dan ia kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjutnya," katanya.

Difahamkan, mayat wanita itu dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat dan proses mengenal pasti identitinya masih dijalankan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat mangsa.

Artikel Berkaitan: