MB Terengganu redah hujan tunggang RXZ

Ahmad Samsuri meredah hujan dengan menunggang motosikal ke Perhimpunan RXZ Members 3.0 di sini semalam.-FOTO: FB Hishamuddin Abdullah
Ahmad Samsuri meredah hujan dengan menunggang motosikal ke Perhimpunan RXZ Members 3.0 di sini semalam.-FOTO: FB Hishamuddin Abdullah
A
A
A

KUALA NERUS - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mencuri tumpuan apabila sanggup meredah hujan menunggang motosikal untuk bersama anak-anak muda dalam Perhimpunan RXZ Members 3.0, di sini semalam.

Dalam satu hantaran Facebook oleh jurugambarnya, Hishamuddin Abdullah, Ahmad Samsuri dapat dilihat menunggang RXZ merah dengan berbaju hujan sambil melemparkan senyuman kepada kamera.

Beliau turut kelihatan melambaikan tangan kepada kamera yang sedang merakam aksinya itu.

“Semangat RXZ membara di jiwa..Menteri Besar Terengganu bermandi hujan untuk ke Perhimpunan RXZ Members 3.0 di Gong Badak, Kuala Terengganu...Terbaik bosss,” tulis Hishamuddin.

Ahmad Samsuri menunggang motosikal ke Perhimpunan RXZ Members 3.0, di sini semalam. - Foto FB Hishamuddin Abdullah
Ahmad Samsuri menunggang motosikal ke Perhimpunan RXZ Members 3.0, di sini semalam. - Foto FB Hishamuddin Abdullah

Hantaran itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang rata-rata terhibur melihat Ahmad Samsuri menunggang motosikal.

Manakala salah seorang pengguna media sosial turut meninggalkan ulasan memetik skrip filem Gila-Gila Remaja: "Roy, Roy, hati kau keras Roy".

Terdahulu, Menteri Besar menunggang motosikal diiringi pengawal peribadinya sejauh kira-kira 15 kilometer bermula dari Kediaman Menteri Besar di Batu Burok, Kuala Terengganu ke tapak program.

Artikel Berkaitan: