Wan Azizah kekal TPM hingga peralihan kuasa

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. - Foto Sharifudin Abdul Rahim
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. - Foto Sharifudin Abdul Rahim
A
A
A
SHAH ALAM - Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diusulkan kekal sebagai Timbalan Perdana Menteri sehingga peralihan kuasa berlaku.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail meminta persetujuan perwakilan ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Kongres Nasional PKR ke-13, hari ini.

"Orang tanya apa jadi pada Kak Wan? Saya ingin usul dalam kongres ini PKR mengangkat satu usul agar Kak Wan kekal sebagai Timbalan Perdana Menteri sehingga peralihan kepimpinan berlaku pada satu masa yang akan datang.

"Setuju atau tidak? (Perwakilan bangkit dan laung setuju). Sila duduk dan terima kasih. Kita masih perlukan bimbingan dan asuhan Kak Wan sebab itu kita fikir sesuai untuk Kak Wan adalah sebagai pengerusi Majlis Penasihat PKR mulai Kongres tahun ini," katanya.

Sebelumnya, Saifuddin mengesahkan bahawa tiada tempoh peralihan kuasa antara Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim ditetapkan ketika persetujuan dibuat.
Artikel Berkaitan:


"Ketika itu kita telah tetapkan calon Perdana Menteri, Tun Mahathir dan timbalan, Kak Wan manakala Anwar sebagai calon Perdana Menteri ke-8.

"Ada tak kita letak satu jangka masa peralihan? Tidak ada. Kita serahkan bulat-bulat kepada kepimpinan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia.

"Apabila sampai masa dan ketikanya, PH juga yang akan mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri ke-8," katanya.