X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 02 Julai 2022

Pemimpin Pas, UMNO rapatkan saf jika Melayu tergugat

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein - Foto BERNAMA
A
A

JELEBU - Pemimpin Pas dan UMNO tidak teragak-agak merapatkan barisan untuk agenda yang lebih besar apabila kedudukan orang Melayu dan Islam tergugat.

Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, hari ini mungkin ada kesedaran bahawa orang Melayu tidak boleh biarkan apa yang berlaku dan usaha mesti diteruskan untuk penyatuan orang Melayu.

"Penyatuan orang Melayu termasuk semua dan saya rasa hubungan Pas dan UMNO dijadikan contoh dan landasan untuk agenda yang lebih besar," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMKNO Bahagian Jelebu di Dewan Kompleks UMNO Jelebu, Simpang Pertang di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Jelebu yang juga Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias.

Hishammudin yang juga Ahli Parlimen Sembrong berkata, usaha untuk memperkukuhkan parti hendaklah diperhebatkan dan dibuat secara konsisten.

"Semua ahli UMNO diingatkan bahawa kelemahan kerajaan Pakatan Harapan (HP) tidak bermakna UMNO itu kuat. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!