13 maut tanah runtuh di lombong jed Myanmar

Bulan April lalu, lebih 50 orang maut susulan insiden tanah runtuh di lombong jed di kawasan Hpakant, negeri Kachin, Myanmar. -Foto AP
Bulan April lalu, lebih 50 orang maut susulan insiden tanah runtuh di lombong jed di kawasan Hpakant, negeri Kachin, Myanmar. -Foto AP
A
A
A

YANGON - Sekurang-kurangnya 13 pekerja lombong dan pengawal keselamatan di utara Myanmar dilaporkan maut susulan insiden tanah runtuh di sebuah lombong jed awal pagi ini, kata pihak berkuasa.

Jabatan Bomba Myanmar memaklumkan menerusi kenyataan di laman Facebook, insiden berlaku awal pagi di bandar Hpakant, negeri Kachin.

"Kami telah menghantar dua lelaki yang mengalami kecederaan dan 13 mayat mangsa ke sebuah hospital tempatan," kata jabatan terbabit.

Sementara itu, seorang anggota polis di lokasi memberitahu AFP, bahagian atas lombong berkenaan runtuh dan menimbus mangsa yang sedang tidur.

Walaupun peraturan baharu menetapkan aktiviti perlombongan ditangguhkan ketika musim hujan dari bulan Julai hingga September, beberapa pekerja masih tinggal di lombong.

Menurut pihak berkuasa, operasi mencari mangsa yang hilang masih diteruskan.

Insiden tanah runtuh terbabit merupakan yang terbaharu melanda Hpakant, bulan April lalu, lebih 54 orang terbunuh susulan tanah runtuh yang menimbus pekerja dan berpuluh kenderaan. - AFP

Artikel Berkaitan: