Agrobank tawar pembiayaan kepada isteri nelayan: Salahuddin

Salahuddin bersama isteri-isteri nelayan yang mendaftar dalam Program Pembiayaan Mikro Agro Nisaa-i.
Salahuddin bersama isteri-isteri nelayan yang mendaftar dalam Program Pembiayaan Mikro Agro Nisaa-i.
A
A
A

ALOR SETAR - Agrobank menjalinkan kerjasama strategik bersama Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) bagi Program Pembiayaan Mikro Agro Nisaa-i khusus untuk isteri-isteri nelayan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Datuk Salahuddin Ayub berkata, usaha ini adalah untuk meningkatkan pendapatan nelayan dalam negara kita dan mengeluarkan golongan ini dari kelompok B40.

Katanya, program ini merupakan program perintis di mana sebagai permulaan seramai 200 orang isteri nelayan atau usaha wanita di bawah Nekmat akan didaftarkan.

Program ini melibatkan pembiayaan yang kompetitif dan kadar keuntungan serendah empat peratus khusus untuk golongan ini.

"Kita bermula dengan pembiayaan sebanyak RM5,000 dan akan membuat pemantauan dari segi anggaran teknikal dan pemasaran," katanya ketika Majlis Pelancaran Program Pembiayaan Mikro Agro Nisaa' i Untuk Komuniti Nelayan di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Kedah, di sini hari ini.

Menurutnya, Agrobank juga akan membantu dari segi memberi khidmat nasihat berkaitan dengan selok-belok perniagaan manakala persatuan nelayan pula akan menyediakan infrastruktur dari segi lokasi dan ruang pembelajaran.

"Selain itu, sekiranya mereka berupaya untuk pergi lebih jauh, Agrobank akan menyalurkan bantuan tambahan dengan meningkatkan jumlah pembiayaan yang sesuai," katanya.

Artikel Berkaitan: