Zahid cabar Mat Sabu dedah sumber kewangan Amanah

Ahmad Zahid menerima cenderahati daripada Ketua UMNO Bahagian Ipoh Barat, Datuk Shamsuddin Abdul Ghaffar (tiga dari kanan) pada Mesyuarat UMNO bahagian itu hari ini.
Ahmad Zahid menerima cenderahati daripada Ketua UMNO Bahagian Ipoh Barat, Datuk Shamsuddin Abdul Ghaffar (tiga dari kanan) pada Mesyuarat UMNO bahagian itu hari ini.
A
A
A

IPOH - UMNO membuat cabaran terbuka kepada Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu untuk menafikan bahawa sumber kewangan parti itu dibiayai sepenuhnya DAP.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kenyataan itu perlu dibuat bagi menyangkal pembabitan DAP dalam perancangan awal penubuhan parti serpihan Pas itu.

"Amanah diwujudkan atas cadangan DAP. Siapa yang membiayai Amanah hingga sekarang ini?

"Mat Sabu sila nafikan bahawa Amanah telah dibiayai oleh DAP dari segi kewangannya. Nafikanlah, saya buat cabaran terbuka.

"Janganlah dituduh Pas menerima RM90 juta daripada UMNO. Bila bawa (kes) ke Mahkamah London, jelas tiada satu bukti atau saksi Pas terima wang 1MDB itu," katanya ketika berucap pada perasmian Mesyuarat UMNO Bahagian Ipoh Barat di Bangunan UMNO Perak, di sini hari ini.

Menurutnya, penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Amanah merupakan perancangan halus DAP untuk menarik 10 peratus pengundi Melayu keluar pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.

"DAP beritahu kalau mahu Pakatan Harapan menang, buat dua perkara, ambil Melayu dari UMNO serta Pas dan boleh jadi perdana menteri semula. Perpecahan dalam Pas berlaku lebih awal. Pecahkan UMNO mereka tubuhkan Bersatu.

"Oleh itu, kita menentang DAP bukan kerana namanya tetapi kita menentang kerana mahu memecahbelahkan orang Melayu.

Artikel Berkaitan:

"Benar orang Melayu jadi perdana menteri tetapi kerajaan yang ada, kerajaan boneka DAP," katanya.