Dadah RM1.7 juta dirampas

Mohd Kamaruddin menunjukkan dadah yang dirampas di IPK Johor hari ini.
Mohd Kamaruddin menunjukkan dadah yang dirampas di IPK Johor hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis merampas pelbagai jenis dadah termasuk dibungkus dalam bungkusan teh Cina dianggarkan bernilai RM1.753 juta, minggu lalu.

Dalam empat serbuan berasingan di Muar dan Johor Bahru itu polis menahan sembilan lelaki termasuk seorang warga Indonesia berusia antara 20 dan 46 tahun bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamaruddin Md Din berkata, dadah jenis syabu, pil ekstasi dan erimin 5 yang dirampas seberat 30.2 kilogram itu boleh menampung seramai 72,098 penagih.

"Seorang lelaki berusia 37 tahun ditahan di dalam sebuah kereta bersama 10,800 biji pil ekstasi, 8.17 kilogram (kg) syabu serta 4,970 biji pil erimin 5 di kawasan parkir Jeti Nelayan Parit Sakai Laut, Muar

"Sebuah kereta jenis Perodua Myvi turut dirampas dan nilai keseluruhan rampasan dadah pada 23 Julai itu ialah RM753,250," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Menurutnya, dalam serbuan kedua di sebuah rumah sekitar Taman Melati, Muar, polis menahan seorang lelaki lelaki tempatan berusia 44 tahun dan seorang warga Indonesia berumur 46 tahun.

"Polis rampas 10,962 biji pil ekstasi dan 11 gram syabu bernilai RM275,150 serta sebuah kereta Proton Iswara. Ketiga lelaki yang ditahan dalam dua serbuan di Muar membabitkan sindiket yang sama.

>

Artikel Berkaitan:

Dadah dipercayai jenis syabu yang dibungkus dalam bungkusan teh Cina.
Dadah dipercayai jenis syabu yang dibungkus dalam bungkusan teh Cina.

"Lima lelaki bersama lebih 3kg syabu pula ditahan ketika pemeriksaan dilakukan pada sebuah kereta di Setia Tropika, Kempas dalam serbuan ketiga, Jumaat lalu.

Kamaruddin berkata, kelima-lima lelaki berusia dari 20 hingga 28 tahun ditahan dan sebuah kereta Volkswagen dirampas bersama 3.098kg jenis syabu bernilai RM154,900," katanya.

"Selain itu, kita turut melakukan serbuan keempat babitkan sebuah kereta di Taman Adda Height, Johor Bahru sebelum merampas 1.14kg dadah jenis syabu bernilai RM570,000.

"Seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun ditahan bersama sebuah kereta Perodua Myvi dan motosikal," katanya.

Kamaruddin berkata, polis juga sedang menyiasat segala kemungkinan sama ada kesemua dadah itu dihasilkan di negara ini atau diimport dari luar negara.

"Kita masih siasat berapa lama mereka sudah beroperasi dan sama ada dadah itu untuk kegunaan tempatan atau dihantar ke tempat lain.

"Modus operandi untuk syabu sama seperti tangkapan sebelum ini iaitu disembunyikan di dalam bungkusan teh Cina," katanya

Menurutnya, kesemua suspek direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.