PATI 'dikejut' ketika tidur

Antara PATI yang ditahan di rumah kongsi di Kampung Sungai Serai Kuang, Sungai Buloh, menerusi operasi Ops Bersepadu, awal pagi tadi.
Antara PATI yang ditahan di rumah kongsi di Kampung Sungai Serai Kuang, Sungai Buloh, menerusi operasi Ops Bersepadu, awal pagi tadi.
A
A
A

SUNGAI BULOH - Pendatang asing tanpa izin (PATI) yang sedang nyenyak tidur hanya mampu terkedu apabila 'dikejutkan' kehadiran pihak berkuasa dalam Ops Bersepadu, awal pagi tadi.

Operasi di rumah kongsi di Kampung Sungai Serai Kuang, di sini, dijalankan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh dengan kerjasama Jabatan Imigresen Selangor dan Jabatan Pendaftaran Negara.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, dalam operasi dijalankan bermula jam 1 pagi itu, seramai 135 orang membabitkan 106 lelaki dan 29 wanita diperiksa.

"Hasilnya, kita menahan 38 PATI termasuk tiga wanita berusia lingkungan 25 ke 50 tahun atas kesalahan tidak memiliki dokumen.

"Semakan awal mendapati PATI ini terdiri daripada warga Indonesia (27 orang), Bangladesh (10 orang) dan seorang Vietnam," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Antara PATI yang ditahan di rumah kongsi di Kampung Sungai Serai Kuang, Sungai Buloh, menerusi operasi Ops Bersepadu, awal pagi tadi.
Antara PATI yang ditahan di rumah kongsi di Kampung Sungai Serai Kuang, Sungai Buloh, menerusi operasi Ops Bersepadu, awal pagi tadi.

Dalam operasi yang tamat pada jam 5 pagi itu, terdapat cubaan PATI terbabit yang melarikan diri ke kawasan belukar bagi mengelakkan daripada ditahan pihak berkuasa.

Shafa'aton berkata, bagaimanapun, tindakan PATI terbabit yang kebanyakannya bekerja sebagai buruh binaan hanya sia-sia selepas tindakan pantas pasukan operasi.

Artikel Berkaitan:

"PATI ini akan disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63," katanya.

Tegasnya, operasi sebegini akan diteruskan dan kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana warga asing yang menyalahi undang-undang.