Kilang kitar semula terbakar

Anggota bomba sedang berusaha memadam kebakaran.
Anggota bomba sedang berusaha memadam kebakaran.
A
A
A

KULAI - Sebuah kilang kitar semula bahan plastik dan getah di Jalan Ayer Hitam dekat Batu 24, di sini musnah terbakar malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor, Penguasa Kanan Bomba I, R Saiful Iswandy R Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 9.40 malam.

"Seramai 23 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Bandar Baru Kulai dan Skudai bergegas ke lokasi dan kita dibantu empat bomba sukarela (PBS) Kelapa Sawit dan lapan anggota dari PBS Kulai Besar.

"Getah yang disimpan di luar kilang terbakar menyebabkan kemusnahan 50 peratus struktur bangunan yang berkeluasan 160x240 kaki," katanya.

Menurutnya, pasukannya menggunakan buih membabitkan 20 tong bersaiz 20 liter untuk pemadaman jenis getah serta plastik atau bahan yang susah dipadamkan menggunakan air.

"Pada ketika ini, operasi pemadaman sedang dijalankan bagi mengelak kebakaran merebak ke kilang berhampiran.

"Ketika kejadian, tiada pekerja dan kemalangan jiwa dilaporkan. Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan: