Lebih 1,000 penumpang kereta api India terkandas akibat banjir

Penumpang kereta api Ekspres Mahalaxmi yang terkandas diselamatkan pihak berkuasa semalam. - Foto Indian Navy via AP
Penumpang kereta api Ekspres Mahalaxmi yang terkandas diselamatkan pihak berkuasa semalam. - Foto Indian Navy via AP
A
A
A

MUMBAI - Pihak berkuasa India menyelamatkan 1,050 penumpang kereta api yang terkandas akibat banjir berhampiran bandar Mumbai, India semalam.

Helikopter, bot dan pasukan penyelam dikerahkan pihak berkuasa selepas Ekspres Mahalaxmi dari Mumbai menuju ke Kolhapur yang berlepas pada malam Jumaat lalu terkandas antara bandar Vangani dan Badlapur.

Penumpang menceritakan kepada agensi berita IANS, mereka terpaksa berada dalam kereta api tanpa makanan dan air selama lebih 15 jam sebelum diselamatkan.

Penumpang kereta api Ekspres Mahalaxmi yang terkandas diselamatkan pihak berkuasa semalam. - Foto Indian Navy via AP
Penumpang kereta api Ekspres Mahalaxmi yang terkandas diselamatkan pihak berkuasa semalam. - Foto Indian Navy via AP

Pengendali kereta api Central Railway berkata, kesemua penumpang termasuk sembilan wanita mengandung berjaya diselamatkan.

Sementara itu, seorang jurucakap pengendali kereta api berkata, pengangkutan alternatif turut disediakan buat penumpang yang terjejas.- Agensi

Artikel Berkaitan: