PKR Sarawak kecam politik kotor

Baru Bian
Baru Bian
A
A
A

KUCHING - Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Baru Bian hari ini mengetuai 20 ketua cawangan dan anggota Majlis Pimpinan Negeri (MPN) parti, dalam mengecam sebarang mainan politik kotor dalam parti.

Dalam menggesa pemimpin-pemimpin serta anggota parti bangkit dan menumpukan masa serta usaha mereka ke arah menangani isu-isu yang memerlukan perhatian, beliau berkata, mereka yang terbabit dengan taktik kotor itu sebenarnya mengkhianati kematangan, kebijaksanaan dan integriti diri.

“Kini semasa kerajaan menurunkan umur pengundi kepada 18, dan kita sedang berusaha menggalakkan generasi muda untuk menaruh minat dalam pentadbiran negara ini; ahli politik perlu mempamerkan contoh terbaik yang layak untuk dijadikan suri teladan,” katanya dalam satu kenyataan.

ARTIKEL BERKAITAN: Video intim: Azmin suruh Anwar tengok cermin

Anwar ada hak suruh Azmin letak jawatan

Pudarkah sudah kasih sayang Azmin?

Baru, yang juga ketua cawangan Lawas berkata, Presiden parti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalannya, Datuk Seri Azmin Ali perlu dilihat menyatupadukan parti kerana hanya mereka berdua yang boleh melakukannya.

Beliau berkata, kini tiba masa untuk merapatkan barisan dan fokus kepada misi berikutnya, yakni memenangi Pilihan Raya Negeri Sarawak yang menjelang tiba dalam tempoh kira-kira dua tahun sahaja lagi.

Artikel Berkaitan:

“Sebagai anggota parti, kami berdiri teguh di belakang Presiden, Timbalan Presiden Majlis Pimpinan Pusat (MPP), dan pemimpin-pemimpin yang dilantik dalam PKR,” katanya.

Beliau berkata pemilihan parti tidak akan berlangsung sehingga tahun 2021, dan tidak ada sebarang cabaran bagi apa-apa kedudukan dalam parti ketika ini.

Antara mereka yang menandatangani kenyataan berkenaan adalah Naib Presiden PKR peringkat Nasional yang juga ketua cawangan Saratok Ali Biju, Pengarah Pilihan raya negeri yang juga ketua cawangan Stampin See Chee How, Timbalan Pengerusi MPN yang juga ketua cawasan Petra jaya Baharuddin Mokhsen; Naib Pengerusi I MPN yang juga ketua cawangan Puncak Borneo Willie Mongin dan juga Naib Pengerusi III yang juga naib pengerusi Wanita Kebangsaan Voon Shiak Ni. - Bernama