Wanita maut dilanggar lari

Mangsa maut di tempat kejadian.
Mangsa maut di tempat kejadian.
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang wanita maut selepas menjadi mangsa kemalangan langgar lari di Kilometer 13.5 Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) arah utara dalam kejadian jam 5.40 petang semalam.

Mangsa, Hasnina Norsafri, 22, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 maut di lokasi kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata, siasatan awal mendapati motosikal Yamaha Y15 ditunggang mangsa dipercayai dilanggar lari sebuah kenderaan yang belum dikenal pasti.

“Mangsa dilaporkan parah di bahagian kepala sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Azman berkata, kemalangan itu menyebabkan laluan tengah dan kiri di lokasi terbabit ditutup bagi siasatan lanjut.

“Penutupan laluan itu menyebabkan aliran trafik perlahan dan sesak hingga 1.5 kilometer.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Artikel Berkaitan: