Pas-UMNO akan pertahan Tun M kekal PM sampai habis penggal

Abdul Hadi - Foto ASRIL ASWANDI SHUKOR
Abdul Hadi - Foto ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pas dan UMNO akan saling bekerjasama untuk mengekalkan Dr Mahathir Mohamad berkhidmat sebagai Perdana Menteri sehingga tamat tempoh satu penggal mandat Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Menurut Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, perkara itu dilakukan oleh kedua-dua pihak kerana merasakan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) 'tidak berwajah kepimpinan orang Islam.'

Katanya, ketika ini Pas dan UMNO hanya boleh menaruh kepercayaan kepada Dr Mahathir kerana kemampuannya, meskipun mendakwa PH dikuasai oleh orang bukan Islam.

“Tinggal Bersatu 11 kerusi, dan kedudukan yang tidak kuat dalam kerajaan (PH) itu. Kita (Pas) tahu pertembungan itu berlaku, apa Tun (Mahathir) nak buat? Tun memang kehebatan dia itu ada.

ARTIKEL BERKAITAN:

'BN sokong Tun M jika PH mahu jatuhkan beliau'

Tun M perlu kekal sebagai PM

Tun Mahathir tiada masalah kerjasama UMNO-Pas

Artikel Berkaitan:

“Dia (Mahathir) mempertahankan apa, ini, itu tetapi dia (Bersatu) macam satu parti keseorangan jadi kita perlu (melihat) dengan sebab itu mengambil sikap sama dengan UMNO mempertahankan Tun jadi Perdana Menteri sehingga habis penggal.

“Itu pendirian kita (Pas). Sama... Tun (Mahathir) jadi PM (Perdana Menteri) sehingga habis penggal. Bila nak buat pilihan raya? Itu terpulang kepada dia lah, biar dia habis penggal ini,” katanya memetik laporan Harakahdaily hari ini.

Kenyataan Abdul Hadi itu dikeluarkan, meskipun terdapat perjanjian dalam PH untuk Dr Mahathir melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada penggantinya Presiden PKR Anwar Ibrahim sebelum habis penggal penuhnya.

Mengulas lanjut Abdul Hadi berkata, ketika ini Pas mengamalkan sikap terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti politik yang tidak ekstrem.

“Penyatuan orang Melayu Islam Bumiputera ini sangat penting dan dalam masa sama, tak boleh menafikan kaum bukan Islam.

“Sebab itu kita (Pas) mengambil kira parti bukan Islam yang tidak ekstrem, yang tidak ekstrem seperti MIC, seperti MCA seperti PBS (Parti Bersatu Sabah) yang sikapnya agak terbuka seperti Parti Gagasan Sarawak (PGS) yang tidak ekstrem, itu kita boleh terima.

“Ini sepatutnya acuan yang kita buat untuk Malaysia, yang kita gabungkan, ini perlu diusahakan dan ini yang sangat penting,” jelasnya.