Sah diesel punca pencemaran

KSSB sahkan pencemaran berlaku di kawasan Sungai Selangor berhampiran Kolam Hang Tuah petang Ahad lalu berpunca daripada tumpahan minyak diesel. Laporan Sinar 22 Julai lalu.
KSSB sahkan pencemaran berlaku di kawasan Sungai Selangor berhampiran Kolam Hang Tuah petang Ahad lalu berpunca daripada tumpahan minyak diesel. Laporan Sinar 22 Julai lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) mengesahkan pencemaran berlaku di kawasan Sungai Selangor berhampiran Kolam Hang Tuah petang Ahad lalu berpunca daripada tumpahan diesel.

Pengurus Kanan Perhubungan Awam dan Unit Hal Ehwal Korporat KSSB, Abd Wahab Nordin berkata, Pasukan Bertindak Kecemasan KSSB dikerah ke lokasi kejadian pada hari yang sama untuk mengenal pasti punca pencemaran.

"Tumpahan diesel dikenal pasti pada jam 7 malam dan berjaya dikawal pada jam 3.30 pagi Isnin lalu. Laporan polis berhubung kejadian dibuat kerana insiden berkemungkinan akibat perbuatan sabotaj atau khianat.

“Perkara ini diserahkan kepada polis untuk siasatan selanjutnya. Kami dan agensi berkuasa akan mengadakan pemantauan berterusan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, operasi cuci gali sungai di bawah permit KSSB menggunakan kaedah pontun bermula sejak tahun 2009 dan pontun terlibat dalam insiden terbabit beroperasi sejak tahun 2013 tanpa sebarang masalah.

“Namun, ia akan dibawa keluar setelah mendapat kebenaran rasmi pihak PDRM memandangkan kes masih dalam siasatan," katanya.

Dalam pada itu, Abd Wahab berkata, KSSB turut menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan ‘intake’ muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang bermula dari 2016, manakala penyelenggaraan LRA SSP1,2,3 bermula dari 2015.

“Kerja-kerja penyelenggaraan muka sauk ini mengguna pakai kaedah pontun, excavator ‘long arm’ dan excavator amfibia. Kami kesal dengan insiden berlaku namun perlindungan alam sekitar, sungai dan sumber air adalah keutamaan KSSB.

Artikel Berkaitan:

“Kami beri jaminan kepada orang ramai bahawa keadaan kini terkawal dan kami akan terus memantau situasi serta memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa termasuk polis,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan lebih satu juta akaun pelanggan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sekali lagi terkesan dengan gangguan bekalan air tidak berjadual Ahad lalu.

Ia berikutan pencemaran diesel di Sungai Selangor yang menyebabkan LRA SSP1, LRA SSP2 dan LRA SSP3 serta Loji Rawatan Air Rantau Panjang terpaksa dihentikan operasi.

Gangguan bekalan itu adalah insiden kedua dalam tempoh tiga hari melibatkan penutupan kempat-empat LRA yang menyebabkan gangguan tidak berjadual berskala besar kepada pelanggan.

ARTIKEL BERKAITAN:

Pencemaran bau: Sisa minyak sudah dibersihkan

1,133 kawasan alami gangguan air hari ini

Pencemaran Sungai Selangor: Pengusaha, pekerja pontun ditahan

Pencemaran air disyaki tindakan sabotaj: Xavier

KSSB siasat punca tumpahan diesel di Sungai Selangor

Pencemaran air: SPAN buat laporan polis

Kewujudan minyak diesel dalam sungai mungkin akibat sabotaj

LRA Rantau Panjang henti tugas ekoran pencemaran bau