Kerajaan NS cari rumah untuk enam beradik

Nicole Tan Lee Koon
Nicole Tan Lee Koon
A
A
A

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan dalam usaha mencari sebuah rumah untuk menempatkan enam beradik yang kehilangan ibu dalam kemalangan jalan raya di Rembau April lalu.

Exco Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan, Nicole Tan Lee Koon berkata, ketika ini kerajaan negeri dalam usaha berbincang dengan Pejabat Daerah Rembau bagi meneliti kawasan sesuai untuk menempatkan enam beradik tersebut di penempatan lebih selesa.

"Pada mulanya kerajaan negeri bercadang nak buat kerja naik taraf rumah tersebut yang didiami mereka tetapi rumah berkenaan milik saudara dan tidak mengizinkan kerja naik taraf dilakukan.

"Justeru itu, kerajaan negeri sedang mencari sebuah rumah untuk menempatkan mereka dan kita telah mengadakan satu mesyuarat bersama pejabat daerah pada minggu lepas untuk menentukan kawasan yang sesuai untuk mereka," katanya.

Dalam pada itu, menurutnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyalurkan bantuan Skim Bantuan Kanak-kanak sebanyak RM450 kepada keluarga tersebut bermula Mei lalu bagi mengurangkan kos perbelanjaan mereka.

"Kanak-kanak tersebut turut menerima bantuan Baitulmal RM300 dan pihak JKM ada melakukan pemantauan setiap bulan bagi mengetahui perkembangan enam beradik itu," katanya.

Pada April lalu, tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp mengenai kisah sedih menimpa enam beradik yang kehilangan ibu dalam kemalangan jalan raya di Rembau manakala bapa mereka menjalani hukuman penjara.

Enam beradik tersebut ialah Muhammad Aiman Syazwan Mohd Fouzi, 12; Nor Aina Syazwani, 10; Nor Aina Syazlina, 9; Nor Aina Syazlin, 7, Nor Aina Syazliyana, 5, dan Muhammad Aiman Syazrizal, 2.

Artikel Berkaitan:

Ketika ini, kesemua enam beradik itu dijaga ibu saudara mereka Nor Azila Sahran, 38. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:

‘Saya tahu mama nak rehat...’

'Terima kasih atas sumbangan semua'