Bekas Pengarah Pendidikan Terengganu derita kanser tulang

Shafruddin (berdiri, lima dari kiri) bersama kepemimpinan tertinggi JPNT ketika menziarahi Datuk Abdul Rahim Tahir yang terlantar akibat kanser tulang di rumahnya di Kajang, Selangor, baru-baru ini. - Foto Facebook Shafruddin Ali Hussin
Shafruddin (berdiri, lima dari kiri) bersama kepemimpinan tertinggi JPNT ketika menziarahi Datuk Abdul Rahim Tahir yang terlantar akibat kanser tulang di rumahnya di Kajang, Selangor, baru-baru ini. - Foto Facebook Shafruddin Ali Hussin
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Kepemimpinan tertinggi Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) meluangkan masa menziarahi bekas Pengarah Pendidikan Terengganu, Datuk Abdul Rahim Tahir di kediamannya di Kajang, Selangor baru-baru ini.

Kunjungan itu diketuai Pengarah Pendidikan Terengganu, Shafruddin Ali Hussin yang turut diiringi timbalannya serta semua Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Terengganu.

Menurutnya, Abdul Rahim yang pernah menjadi pengarah pendidikan Terengganu dari tahun 1994 hingga 1998 kini terlantar akibat penyakit kanser tulang.

“Akibat kanser tulang yang dihidapi sejak tiga bulan lalu, beliau tak dapat lagi bergerak aktif dan kini terlantar di rumahnya.

“Beliau (Abdul Rahim) menamatkan perkhidmatan awam sebagai ketua jemaah nazir pada 2005,” katanya

Shafruddin memberitahu, Abdul Rahim dianggap sebagai pencetus kebangkitan pendidikan di Terengganu menerusi idea-ideanya yang melangkaui zaman.

Jelasnya, jasa dan sumbangan besar dalam membangunkan bidang pendidikan di negeri ini membolehkan Abdul Rahim mendapat anugerah tokoh guru negeri pada tahun 2008 dan kebangsaan pada 2009.

Artikel Berkaitan: