RM49,000 bantu mangsa kebakaran

Fuziah (dua, kanan) menyampaikan sumbangan daripada tiga agensi kerajaan kepada mangsa yang terlibat dalam kebakaran membabitkan empat buah rumah di Perkampungan Sungai Isap hari ini.
Fuziah (dua, kanan) menyampaikan sumbangan daripada tiga agensi kerajaan kepada mangsa yang terlibat dalam kebakaran membabitkan empat buah rumah di Perkampungan Sungai Isap hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Sebanyak RM49,000 telah diperuntukkan oleh tiga agensi persekutuan bagi membantu mangsa yang terlibat dalam kebakaran melibatkan empat buah rumah di Perkampungan Sungai Isap lima hari lalu.

Tiga agensi yang terlibat ialah Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) dan Unit Penyelarasan dan Pelaksaan (ICU) di Jabatan Perdana Menteri.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, kesemua peruntukan tersebut akan diagihkan kepada mangsa yang terlibat dengan kebakaran secara adil.

“Daripada jumlah RM49,000 itu.. kita akan asingkan sebanyak RM10,000 kepada dua rumah yang keseluruhan terbakar apabila rumah itu siap

“Selebihnya kita akan bahagikan kepada mangsa-mangsa yang lain bagi mereka meneruskan kehidupan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan bantuan kepada mangsa kebakaran di Perkampungan Sungai Isap hari ini.

Ditanya mengenai pembinaan rumah yang terbakar keseluruhan, Fuziah berkata, perkara tersebut dalam perbincangan sama ada Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan ( KPKT) atau Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang akan membina rumah terbabit.

Jelasnya, bagaimanapun pihaknya melalui ICU akan membantu bagi membolehkan dua rumah yang musnah itu dibina semua dalam masa terdekat.

Artikel Berkaitan:

“ICU perlu melalui proses KPKT itu untuk mendapatkan peruntukan tersebut, tapi ia tertakluk kepada KPKT dan agensi terlibat. Saya percaya pusat khidmat kami akan terus memantau dari semasa ke semasa,” katanya.