Hari pertama Jualan Gudang Karangkraf tarik lebih 1,000 pengunjung

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Hari yang dinanti telah tiba, di mana Jualan Gudang Pertengahan Tahun Karangkraf yang bermula hari ini ternyata mendapat sambutan lebih 1,000 pengunjung yang hadir sejak jam 9 pagi hingga jam 7 petang tadi.

Penolong Pengurus Besar Jualan Kumpulan Buku Karangkraf, Roziana Omar berkata, tawaran menarik dengan diskaun yang banyak, menjadi penarik kepada orang ramai untuk hadir pada hari pertama acara ini berlangsung.

“Kebanyakan yang hadir hari ini ada di kalangan keluarga, rombongan sekolah, persatuan dan pemborong juga ramai membeli di hari pertama ini.

“Selain tawaran diskaun serendah 70 hingga 80 peratus termasuk harga buku serendah RM1 menjadi penarik mereka untuk ke jualan gudang kali ini yang berlangsung sehingga 4 Ogos ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, katanya Jualan Gudang Karangkraf yang diadakan di Kumpulan Media Karangkraf masih menekankan aspek keselesaan dan kemudahan kepada pengunjung.

“Antaranya kami menyediakan ruang pameran yang luas dan berhawa dingin, yang pastinya memberi keselesaan kepada pengunjung di mana rata-rata hadir bersama keluarga dan rakan-rakan.

No Image Caption

“Bukan sahaja selesa, ruang parkir kereta juga disediakan selain kaunter bayaran juga banyak bagi memudahkan pengunjung melakukan pembayaran dengan aman tanpa menunggu lama.

Artikel Berkaitan:

“Karangkraf juga mempunyai surau yang besar dan selesa yang boleh digunakan pengunjung ketika ke jualan gudang kami,” katanya.

Antara yang menarik sepanjang hujung minggu ini adalah tawaran hadiah dan aktiviti menarik.

Tidak ketinggalan kehadiran maskot Upin & Ipin.JADUAL 27/7/2019 (SABTU)

AKTIVITI PENTAS:

11.00 pagi - 12.00 tengah hari: KIDS PRIMA - PERADUAN MEWARNA BERSAMA KIDS PRIMA

12.00 tengah hari - 1.00 petang: HORAY BERSAMA MASKOT TEDDY

1.00 petang - 1.30 petang: MASKOT UPIN IPIN

2.00 petang - 3.00 petang: KIDS PRIMA - PERADUAN MEWARNA BERSAMA KIDS PRIMA

3.00 petang - 4.00 petang: HORAY BERSAMA MASKOT TEDDY

LIVE FACEBOOK:

12.00 tengah hari - 1.00 petang: KRAF - SHAHIRAH HANI (OH, MUDAHNYA JAHIT KELENGKAPAN BAYI)

No Image Caption

28/7/19 (AHAD)

AKTIVITI PENTAS:

11.00 pagi - 12.00 tengah hari: KIDS PRIMA - PERADUAN MEWARNA BERSAMA KIDS PRIMA

12.00 tengah hari - 1.00 petang: HORAY BERSAMA MASKOT TEDDY

2.00 petang - 3.00 petang: KIDS PRIMA - PERADUAN MEWARNA BERSAMA KIDS PRIMA

3.00 petang - 4.00 petang: HORAY BERSAMA MASKOT TEDDY