Badan pemantau Australia gesa kawalan ke atas Facebook, Google

Facebook
Facebook
A
A
A

SYDNEY - Pemerhati mencadangkan kawalan lebih ketat terhadap penggunaan data peribadi oleh Facebook dan Google bagi mengurangkan dominasi pengiklanan atas talian kedua-dua syarikat terbabit sebagai antara langkah memantau gergasi internet berkenaan.

Kerajaan Australia berkata, ia akan mengambil 23 cadangan disyorkan pemerhati dan mencadangkan peraturan pada akhir tahun ini.

Bendahari Australia, Josh Frydenberg mengalu-alukan cadangan daripada Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia (ACCC), walaupun tidak jelas mengenai syor yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan.

"Mereka (Facebook dan Google) perlu bertanggungjawab dan aktiviti mereka perlu lebih telus.

"Dunia tidak pernah melihat begitu banyak data sensitif dan peribadi yang dikumpul oleh hanya dua syarikat," katanya.

Menurut ACCC, dianggarkan 17 juta rakyat Australia menggunakan Facebook setiap bulan dan menghabiskan 30 minit di platform itu setiap hari, sementara 98 peratus rakyat negara menggunakan enjin carian Google di telefon pintar mereka. - AFP

Artikel Berkaitan: