Chef Cilik buat projek amal kembali ke sekolah...

- Foto Instagram Danish Harraz
- Foto Instagram Danish Harraz
A
A
A

SIAPA tidak kenal Danish Harraz Abd Hafiz, 11, usahawan kanak-kanak yang turut dikenali sebagai chef cilik bukan saja memberikan kegembiraan kepada pembeli kek yang dijual menerusi dalam talian.

Tetapi juga turut memberi sinar buat gelandangan, anak kurang berkemampuan serta pesakit kanser.

Terbaru Danish atau mesra dengan panggilan Abang Danish bersama rakan-rakan sukarelawannya telah menjayakan projek amal bagi menyediakan kelengkapan sekolah untuk anak-anak di Sekolah Kebangsaan Lemoi.

"Abang Danish disini hari ini membeli dan menyiapkan semua kelengkapan persekolahan untuk anak-anak Sekolah Rendah Lemoi bagi projek amal #AnakLemoiBackToSchool2019 dan juga barang keperluan makanan harian dan dapur untuk diagihkan kepada 40 buah keluarga daif di Pos Lemoi, Cameron Highlands.

"Alhamdulillah rezeki anak-anak Lemoi dan penduduk Lemoi. Ramai yang sayangkan mereka. Doakan agar Abang Danish dapat sediakan semuanya serba-serbi cukup untuk mereka," tulisnya di Instagram miliknya.

Meskipun apa yang dilakukan Danish yang mempunyai lebih 140,000 pengikut itu, bukan menggunakan duitnya sepenuhnya tetapi melalui sumbangan-sumbangan penderma, namun apa yang dilakukan itu mendapat pujian ramai.

"Alhamdulillah. Semoga berjaya sayang @danish.harraz. Semoga bertambah rezeki dan banyak manis kejayaan yang menanti Danish pada tahun 2019. Anda mempunyai hati yang baik,"tulis noor_carmelita.

"Alhamdulillah, semoga ALLAH permudahkan buat Abang Danish," tulis sabrinabakery.cikwani.

Artikel Berkaitan:

- Foto Instagram Danish Harraz
- Foto Instagram Danish Harraz

"Semoga semua berjalan dengan baik dan sempurna hanya ALLAH yang dapat membalas semua yang abang @danish.harraz lakukan ini," tulis oh.that.muffins.

"Moga usaha murni mu sentiasa dipermudahkan dan moga dimurahkan lagi rezki," tulis naeimah83.

"Semoga ALLAH selalu memberikan keberkatan rezeki untuk anak-anak Lemoi dan penduduk Lemoi," hijrah_6648.

"Tahniah Danish... Harap boleh kekalkan usaha seperti ini," tulis _lehin.

"Semoga ALLAH cukupkan semuanya dan permudahkan urusan Danish dan krew," tulis fatin.z.

Sementara itu, memetik laporan dari Harian Metro, aktviti sukarelawan yang dilakukan oleh Danish bermula apabila dia melayari IG milik selebriti, Daphne Iking yang memaparkan aktiviti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Need To Feed The Need (NFN) dan ketika itu Danish baru berusia lapan tahun.

Malah Danish bertindak menghubungi penaung NFN dan menawarkan diri sebagai sukarelawan yang kemudian turut disertai kedua ibubapanya.

Pada awal pembabitannya sebagai sukarelawan, Danish menyediakan juadah seperti kek, biskut, muffin dan kek cawan pada setiap minggu untuk dijamu kepada kanak-kanak di lokasi tumpuan gelandangan seperti Jalan Masjid India dan Chow Kit.

Apabila memikirkan lebih ramai yang perlu dibantu, Danish menubuhkan kumpulan sokongan sukarelawan dengan harapan dapat menyalurkan sumbangan secara lebih luas kepada keluarga asnaf dan pesakit kanser kanak-kanak.