Agong terima persembahan syiling khas sempena pertabalan

Syiling khas yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai ini. - Foto Bernama
Syiling khas yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menerima persembahan syiling khas daripada Bank Negara Malaysia.

Syiling khas yang dikeluarkan bersempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai itu dipersembahkan oleh Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus di Istana Negara hari ini.

Menurut Pengarah Jabatan Operasi Mata Wang BNM Azman Mat Ali, sebanyak tiga jenis syiling khas iaiatu emas, perak dan emas nodik dipersembahkan kepada Seri Paduka.

"Ketiga-tiga syiling khas ini diukir dengan potret Yang di-Pertuan Agong pada bahagian hadapan syiling dan di sebelah belakang diukir lambang jata negara.

"Syiling ini diukir dengan teliti oleh pereka khas yang berkemahiran dan dikeluarkan oleh kilang wang BNM sendiri," katanya ketika ditemui Bernama dan RTM selepas persembahan syiling berkenaan.

Azman berkata hanya 300 keping syiling emas akan dikeluarkan, perak (1,500 keping) dan emas nodik (15,000 keping).

Tempahan syiling pula hanya boleh dibuat melalui laman web rasmi BNM bermula pertengahan Ogos. -Bernama

Artikel Berkaitan: