Dua pengarah Pharmaniaga letak jawatan

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Dua daripada pengarah Pharmaniaga Bhd, Izzat Othman dan Fahmy Ismail akan meninggalkan kumpulan itu berkuat kuasa 31 Julai.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, Pharmaniaga berkata pengarah bukan eksekutif bebas Izzat dan pengarah bukan eksekutif bukan bebas Fahmy meletak jawatan untuk meneruskan minat dalam bidang lain.

Izzat, seorang peguam, pernah menjadi pengarah Affin Securities Sdn Bhd dan BH Insurance Bhd serta mempunyai pengalaman luas berkaitan dengan litigasi, jual beli dan perkara korporat.

Sementara itu, Fahmy menyertai Boustead Holdings Bhd (BHB) pada tahun 2006 sebagai pengurus perancangan korporat dan dilantik sebagai pengarah kewangan kumpulan (GFD) pada Oktober 2017.

Beliau dilantik sebagai ketua pegawai operasi BHB pada 1 Jan, 2019, bersekali dengan jawatannya sebagai GFD. - Bernama

Artikel Berkaitan: