KTM Komuter lanjut perkhidmatan sempena final Piala FA 2019

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan melanjutkan waktu operasi perkhidmatan KTM Komuter dengan menambah tiga perkhidmatan kereta api tambahan sempena perlawanan akhir bola sepak Piala FA Malaysia 2019 yang dijadualkan esok.

Ketua Pegawai Eksekutif KTMB Mohd Rani Hisham Samsudin dalam satu kenyataan hari ini berkata lanjutan perkhidmatan itu bertujuan memberi kemudahan pengangkutan kepada orang ramai terutamanya para penyokong kedua-dua pasukan negeri Kedah dan Perak yang akan hadir menyaksikan perlawanan akhir nanti.

"Tiga perkhidmatan kereta api tambahan akan disediakan pada pukul 11.30 malam dari Stesen Sentul ke Stesen Seremban, pukul 12.30 tengah malam dari Stesen Serdang ke Stesen Sentul dan pukul 1.15 pagi dari Stesen KL Sentral ke Stesen Pelabuhan Klang.

"Para penumpang yang menggunakan KTM Komuter boleh membuat pertukaran tren di Stesen bandar Tasik Selatan untuk menyambung perjalanan dengan LRT ke Stadium Bukit Jalil,” katanya.

Beliau berkata orang ramai digalakkan untuk menggunakan kad Xtra 20, komuter Link dan Touch’n Go bagi memastikan kelancaran perjalanan terutama pada waktu pulang tanpa perlu beratur di kaunter tiket.

Orang ramai juga boleh melayari laman sesawang www.ktmb.com.myatau saluran media baharu rasmi KTMB di Facebook KTM Berhad, Instagram ktmbofficial, Twitter @ktm_berhad atau melalui Pusat Panggilan KTMB di 03-2267 1200 bagi mendapatkan maklumat lankut mengenai perubahan jadual itu, katanya. -Bernama

Artikel Berkaitan: