Sokong hukuman berat pesalah cemari bekalan air: Peguam

Adnan
Adnan
A
A
A

SHAH ALAM - Tindakan keras termasuk hukuman mati ke atas sesiapa yang didapati bersalah mencemarkan sistem bekalan air dengan sengaja sewajarnya disokong semua pihak, kata peguam, Adnan Seman.

Menurut Adnan lagi, ini kerana kesalahan itu merupakan jenayah berat yang perlu diberikan hukuman setimpal kepada pelakunya.

"Saya secara peribadi menyokong kenyataan yg dikeluarkan oleh Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar bahawa sesiapa yang didapati bersalah mencemarkan sistem bekalan air dengan sengaja berdepan hukuman amat berat termasuk hukuman mati.

ARTIKEL BERKAITAN: Pencemmaran air: SPAN buat laporan polis

Pencemaran air disyaki tindakan sabotaj Xavier

"Ini kerana pencemaran sistem bekalan air memberikan kesan kepada ramai pihak selain mengganggu kehidupan dan ketenteraman awam," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, hukuman itu termaktub sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 121 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.

Terdahulu, Xavier dalam sidang hari ini memberi peringatan bahawa sesiapa yang didapati bersalah mencemarkan sistem bekalan air dengan sengaja berdepan hukuman amat berat termasuk hukuman mati,

Beliau berkata, ia termaktub dalam Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Artikel Berkaitan:

“Kita mempunyai akta yang cukup ketat sehingga kita boleh mengenakan hukuman mati kepada mereka yang mencemarkan air dengan sengaja atau kemungkinan besar mendatangkan kemudaratan (kepada pengguna)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kementeriannya bercadang menambah baik undang-undang sedia ada bagi mengekang kegiatan pencemaran air, susulan pencemaran Sungai Selangor disebabkan minyak diesel, dipercayai akibat perbuatan khianat.