MBI biaya kos baiki rumah akibat ribut di Felda Soeharto

Amirudin (lima, kanan) bersama pemimpin setempat, wakil agensi terlibat dan mangsa ribut yang menghadiri majlis penyerahan sumbangan di Dewan Semai Bakti Felda Soeharto, hari ini.
Amirudin (lima, kanan) bersama pemimpin setempat, wakil agensi terlibat dan mangsa ribut yang menghadiri majlis penyerahan sumbangan di Dewan Semai Bakti Felda Soeharto, hari ini.
A
A
A

HULU SELANGOR - Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor membiayai dahulu kos baik pulih kerosakan berjumlah RM408,190 melibatkan 123 rumah yang dilanda ribut di Felda Soeharto pada 5 Julai lalu.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, kos tersebut akan dikontrakan bersama sumbangan daripada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor, Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Pejabat Daerah Hulu Selangor.

"Berdasarkan laporan diterima sebanyak 138 rumah terjejas dalam kejadian ribut berlaku kurang 20 minit dan hasil lawatan saya pada 6 Julai mendapati empat keluarga dipindahkan sementara.

"Pada 8 Julai, mangsa terlibat telah menerima sumbangan wang ihsan daripada Tabung Bencana Khas Negeri Selangor yang disampaikan Exco Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud.

"Penilaian kerosakan rumah dibuat Jabatan Kerja Raya dan Pejabat Daerah Hulu Selangor berdasarkan tiga kategori iaitu kritikal, sederhana dan kecil," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan baik pulih bencana ribut di Felda Soeharto, di sini hari ini.

Menurutnya, perincian penilaian kerosakan 123 rumah itu diagihkan dengan sebuah rumah dikategorikan kritikal dengan kos pembaikan sebanyak RM28,300 manakala lima rumah rosak sederhana membabitkan kos berjumlah RM62,100 dan 117 rumah kerosakan kecil dengan kos RM317,790.

Sementara itu, Ahli Parlimen Hulu Selangor, June Leow Hsiad Hui berkata, jumlah pembiayaan MBI merangkumi keseluruhan sumbangan membabitkan beberapa agensi berkaitan.

Menurutnya, sumbangan daripada kerajaan Persekutuan diserahkan kepada 156 penerima berjumlah RM49,300 15 Julai lalu.

Artikel Berkaitan:

"Sumbangan dari Tabung Bencana Daerah diserahkan lebih awal kepada mangsa.

"Bagi kos baik pulih rumah, penilaian dibuat JKR dan Pejabat Daerah melibatkan 123 rumah.

"Ada rumah lain yang hanya mengalami kerosakan kecil namun tetap menerima sumbangan yang diserahkan sebelum ini," katanya.