Kaki palsu tak sama: Haziq

No Image Caption
A
A
A

"TAK ada cara lain ke?," luah penyanyi remaja, Muhammad Haziq Hasbullah, 19, kepada ibunya, Linda Eva, berikutan berita sedih mengenai kaki kanan yang cedera teruk akibat salur darah putus ketika kemalangan pada 5 Julai itu, perlu dipotong.

Luah penyanyi Rebahku Tanpamu, Tersiksa dan Dilema itu kepada ibunya lagi, Linda Eva atau nama sebenar Norhaslinda Ishak, 42, andai itu sahaja caranya, Haziq menyatakan mahu pulang ke kampung untuk bersendirian.

"Kaki palsu tak sama dengan kaki betul. Saya nak balik ke kampung dan duduk sana untuk menyendiri," rungut Haziq kepada ibunya.

Menurut Linda, kaki kanan anak tunggalnya itu perlu dipotong kerana pada bahagian bawah sudah tidak berfungsi kerana darah dan oksigen tidak sampai.

Difahamkan kaki haziq sepatutnya dipotong pada 19 Julai lalu namun setelah berbincang dengan ahli keluarga, mereka sebulat suara untuk menangguhkan proses berkenaan sementelah mencuba rawatan alternatif lain.

Bagi orang ramai yang ingin membantu, bolehlah menghulurkan sumbangan ke akaun Maybank 114067310531 (Norhaslina Ishak) atau menghubungi Linda menerusi Instagram: @lindaeva_official.

Untuk rekod, kemalangan membabitkan Haziq berlaku di Jalan Sungai Besi ketika membonceng motosikal bersama rakannya dalam perjalanan ke Bukit Jalil.

Artikel Berkaitan: