Penuhi janji manifesto: PH tubuh jawatankuasa khas

Anwar ketika berucap pada Simposium Ekonomi Malaysia bertajuk Ekonomi Malaysia: Kini dan Masa Hadapan di Parlimen di sini hari ini. - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Anwar ketika berucap pada Simposium Ekonomi Malaysia bertajuk Ekonomi Malaysia: Kini dan Masa Hadapan di Parlimen di sini hari ini. - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengkaji bagaimana kerajaan dapat melaksanakan semua janji dalam manifesto pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu telah diputuskan pada Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan minggu lalu.

"Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang terbaharu minggu lalu telah memutuskan untuk adakan jawatankuasa sekretariat untuk menilai semua program pelaksanaan janji manifesto," katanya pada sidang akhbar Simposium Ekonomi Malaysia bertajuk Ekonomi Malaysia: Kini dan Masa Hadapan di Parlimen di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah sampai masa nilai semula janji, manifesto Malaysia Baharu

Beliau berkata demikian mengulas mengenai saranan Timbalan Pengerusi Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus Parlimen, Lim Kit Siang pada simposium itu yang mengingatkan kerajaan PH supaya menilai semula janji Malaysia Baharu dan manifesto PH pada PRU lalu.

Kata Kit Siang, rakyat Malaysia termasuk pemimpin PH haruslah menyedari dan mengakui kekecewaan sejumlah besar penyokong PH yang telah mengundi untuk perubahan pada PRU lalu, kini berasa kerajaan hari ini telah mengikut jejak langkah kerajaan BN.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, PH perlu untuk berterus-terang dengan rakyat Malaysia dan mengakui jika ada sesetengah janji yang dibuat itu adalah hampir mustahil untuk dilaksanakan.

"Saya percaya rakyat Malaysia akan menghargai usaha ini daripada kita cuba untuk menyembunyikannya.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Dr Mahathir memberitahu satu jawatankuasa khas itu akan ditubuhkan dengan terma rujukan tertentu untuk melaksanakan kajian menyeluruh bagi memastikan segala janji dalam manifesto PH pada PRU14 dapat ditunaikan.

Beliau berkata, kerajaan PH sebenarnya berjaya melaksanakan banyak daripada janji yang terkandung dalam manifesto, namun mereka tidak pandai untuk mempromosikannya kepada rakyat.