Anak tanpa negara: Duta Besar Indonesia perlu buat permohonan

Mohd Azis Jamman
Mohd Azis Jamman
A
A
A

SHAH ALAM - Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Rusdi Kirana perlu membuat permohonan rasmi kepada Kementerian Luar Malaysia berhubung isu mewujudkan Community Learning Centre (CLC) di Semenanjung Malaysia.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman berkata, keputusan hanya boleh dibuat kementeriannya sekiranya menerima permohonan rasmi daripada pihak berkenaan.

“Biarlah pemerintah Indonesia buat permohonan rasmi melalui hubungan diplomatik dengan Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Belas kasihan kepada anak tanpa negara

“Kementerian Luar bawa ke Kabinet dan jika Kabinet bersetuju, saya fikir ia adalah cara yang betul untuk melakukannya.

“Kementerian Dalam Negeri pasti akan mengikut apa jua dasar yang dipersetujui Kabinet,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas harapan Rusdi yang memohon kerajaan memberi kebenaran membina CLC di Semenanjung Malaysia bagi kemudahan anak-anak Indonesia yang dilahirkan di negara ini tetapi tidak mempunyai dokumen sah.

Katanya, jika diwujudkan CLC di Semenanjung, ia adalah atas asas kemanusiaan kepada pekerja asing yang bekerja secara sah di negara ini.

Artikel Berkaitan:

“Bukan untuk yang tidak sah. Kebaikan (wujud CLC) hanyalah dengan memberi pendidikan kepada anak-anak warga Indonesia kerana ibu bapa kerja di Malaysia,” katanya.

Mohd Azis berkata, selain itu mungkin ada sedikit keuntungan kepada sebilangan kecil rakyat Malaysia di mana premis mereka disewa bagi membolehkan CLC dibuka seperti di Sabah.