Lepasan IKTBN mempunyai kebolehpasaran tinggi

Kemeriahan Minipreneur Carnival di IKTBN Bachok semalam. Gambar kecil: Kang Foo Liew.
Kemeriahan Minipreneur Carnival di IKTBN Bachok semalam. Gambar kecil: Kang Foo Liew.
A
A
A

BACHOK - Sebanyak 96 peratus daripada 2,000 penuntut yang tamat mengikuti Sijil Lanjutan di Jabatan Hospitaliti, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok mempunyai kebolehanpasaran dalam dan luar negara.

Ketua Jabatan Hospitaliti, Kang Foo Liew berkata, mereka kini berkerja di pelbagai sektor seperti perhotelan, restoran tempatan dan kapal perdagangan antarabangsa.

Katanya, ada penuntut yang berjaya sebagai usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

"Mereka berjaya meraih pendapatan dari RM1,500 hingga RM5,000 sebulan.

"Peluang pekerjaan ini hasil perjanjian persefahaman IKTBN dengan 10 syarikat makanan terkemuka di seluruh negara," katanya pada Minipreneur Carnival di IKTBN Bachok semalam.

Foo Liew menambah, penuntut terbabit merupakan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berumur dari 17 hingga 25 tahun yang mengikuti kursus selama enam bulan.

"Antara kursus yang kita sediakan adalah Penyediaan Makanan, Penyediaan Pastri dan Penyediaan Makanan Berasaskan Masakan Tradisional dan Antarabangsa.

"Kita juga memberi galakan untuk mereka mencipta produk sendiri dengan inovasi tinggi," katanya.

Artikel Berkaitan: