Peserta Tube hasilkan jualan lebih RM100 juta

Noor Azmi (dua dari kiri) menyempurnakan pelancaran produk Eskay di premis milik Nur Kesuma Kartini di Taman Mas Indah, Titi Gajah di sini.
Noor Azmi (dua dari kiri) menyempurnakan pelancaran produk Eskay di premis milik Nur Kesuma Kartini di Taman Mas Indah, Titi Gajah di sini.
A
A
A

ALOR SETAR - Program Tunas Usahawan Bumiputera (Tube) di bawah SME Corp Malaysia (SME Corp) berjaya melahirkan 4,422 usahawan Bumiputera di seluruh negara dengan jumlah jualan melebihi RM100 juta.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Noor Azmi Mat Said berkata, jumlah berkenaan adalah hasil jualan usahawan yang terlibat dalam program Tube 1 hingga 5 yang bermula pada 2014 lalu.

Menurutnya, sebanyak RM95 juta diperuntukkan sebagai geran permulaan untuk membantu peserta mengembangkan perniagaan masing-masing.

"Ada antara peserta ini yang baharu bermula pada tahun lalu iaitu dari Tube 5 tetapi kita dapat lihat jumlah jualan masih tinggi," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Program Jejak PKS dan pelancaran produk usahawan Tube di Taman Mas Indah, Titi Gajah di sini semalam.

Menurutnya, pihaknya turut menawarkan peluang kepada golongan orang kurang upaya (OKU) untuk menerima geran permulaan dalam program Tube.

"Kita menyediakan 50 kuota kepada usahawan OKU yang berminat pada tahun ini yang akan dilancarkan pada bulan hadapan di Pusat Latihan Bandar Baru Bangi.

"Bagi golongan ini, peruntukan yang ditawarkan sama juga seperti peserta lain dan kita akan lihat dari sudut mana lagi kita boleh bantu mereka," katanya

Sementara itu, Pemilik Spa dan Salun Muslimah yang juga bekas peserta Tube 1 tahun 2014, Nur Kesuma Kartini Mohamad Zahir merupakan salah seorang usahawan yang dipilih untuk menerima geran Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) berjumlah RM20,000.

Artikel Berkaitan:

Beliau yang juga pengasas produk Eskay kini berjaya mencapai jualan sebanyak RM20,000 sebulan melalui jualan produk dan perkhidmatan di pusat kecantikannya.