Draw Bridge Vintage himpun peniaga bundle

Ahmad Izani ketika majlis perasmian pembukaan festival jualan Draw Bridge Vintage Volume 1 di pekarangan Pasarnita, di sini.
Ahmad Izani ketika majlis perasmian pembukaan festival jualan Draw Bridge Vintage Volume 1 di pekarangan Pasarnita, di sini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seramai 40 peniaga barangan terpakai (bundle) dalam dan luar negara akan berkumpul berhampiran jambatan angkat sempena Draw Bridge Vintage Volume 1 yang diadakan bermula hari ini hingga 28 Julai (Ahad).

Yang Dipertua Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu Terengganu (DPPMT), Ahmad Izani Ab Ghani berkata, festival jualan item terpakai di Kompleks Pasarnita Tanjung, Kuala Terengganu ini adalah program peringkat antarabangsa pertama melibatkan negara luar seperti Thailand, Indonesia dan Singapura.

"Kita memilih untuk mengadakan festival jualan ini sebagai 'pengenalan' kepada orang ramai terhadap bangunan ikonik baharu Terengganu, jambatan angkat di sini.

"Ia juga sempena pembukaan jambatan angkat yang akan beroperasi pada 1 Ogos nanti," katanya ketika ditemui pada majlis perasmian festival itu semalam.

Selain itu, katanya, festival itu juga bagi memperkenalkan Pasarnita sebagai kompleks yang akan melengkapi bangunan jambatan angkat itu nanti.

"Apabila orang berkunjung untuk melihat jambatan angkat, mereka juga akan lihat Pasarnita sebagai lokasi tumpuan dan urusniaga masyarakat tempatan," katanya.

Ahmad Izani berkata, festival itu dijangka mendapat sambutan luar biasa daripada pengunjung tempatan dan luar.

"Kita jangka menerima kunjungan kira-kira 5,000 pengunjung sepanjang empat hari ia diadakan.

Artikel Berkaitan:

"Dalam masa yang sama, kita juga berharap para pengunjung beroleh manfaat sempena festival yang dimuatkan dengan pelbagai aktiviti sampingan ini," katanya.