Perubahan perjalanan tren KL Sentral-Padang Besar

Keretapi Tanah Melayu Berhad
Keretapi Tanah Melayu Berhad
A
A
A

KUALA LUMPUR - Penumpang tren terakhir jam 10.50 malam bagi laluan KL Sentral-Padang Besar perlu menaiki bas ke Stesen Tanjung Malim bermula hari ini.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam satu kenyataan di Facebook rasminya memaklumkan, arahan itu berkuatkuasa sehingga 31 Julai ini.

Menurutnya, ia bagi memberikan laluan kepada kerja penyelenggaraan landasan dan sistem signal di antara Stesen Rawang ke Stesen Kuang.

"Penumpang akan menaiki bas dari Stesen Kuala Lumpur ke Stesen Tanjung Malim sebelum meneruskan perjalanan menaiki perkhidmatan kereta api elektrik (ETS) sehingga ke stesen terakhir, Padang Besar.

"Pihak KTMB memohon maaf di atas kesulitan ini," katanya.

Artikel Berkaitan: